ZR HOMEOPATHY - PUSAT PERUBATAN HOMEOPATHY

Terimakasih kerana mengunjungi blog kami

zr homeopathy - pusat perubatan homeopathy

Sistem perubatan homeopathy kini telah diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan Malaysia

ZR HOMEOPATHY - PUSAT PERUBATAN HOMEOPATHY

Perubatan homeopathy kini telah menjadi salah satu kaedah rawatan pilihan utama di Malaysia

ZR HOMEOPATHY - PUSAT PERUBATAN HOMEOPATHY

Rawatan homeopathy bebas dari penggunaan dadah,bahan kimia,sumber haiwan dan tiada kesan sampingan

ZR HOMEOPATHY - PUSAT PERUBATAN HOMEOPATHY

Perubatan homeopathy adalah sistem rawatan gaya sunnah

Apakah Homeopathy


Cogankata Perubatan Homeopathy adalah ‘Serupa Dengan Serupa Menyembuhkan’. Dalam bahasa Inggeris ‘Likes Cure By Likes’, sementara dalam bahasa Latin pula ialah ‘Similia Similibus Curentur’. Homeopathy ialah gabungan dua perkataan Yunani,OMIOS dan PATHOS yang bermaksud ‘SAMA’ dan‘MENDERITA’ atau ‘SAKIT’. Homeopathy bermaksud ‘merawat dengan sesuatu yang menghasilkan kesan serupa dengan apa yang dideritai’. Ia juga bermaksud yang sama menyembuhkan ( treating like with like ).

Tujuan Perubatan Homeopathy ialah menyembuhkan sebenar-benarnya menghilangkan dan mengikis penyakit yang ada hingga ke akar umbinya. Ia menyembuhkan penyakit dengan mencari punca atau sebab penyakit bukan hanya mengubati hasil penyakit itu. Itulah keistimewaan yang membezakannya dari lain-lain cara perubatan samada dari cara tradisi atau secara moden. Walaupun pada dasar asas, masing-masing menuju ke matlamat yang sama iaitu menyembuhkan penyakit membawa kepada kesejahteraan diri.

Homeopathy ialah bentuk perubatan paling selamat. Ia merawat individu secara menyeluruh dan menitikberatkan penyenggelaraan kesihatan serta membantu pemulihan dengan bergantung kepada kesan-kesan daya atau kuasa swa-aturan atau swa-sembuhan tubuh. Jadi Homeopathy merangsang dan mengawal pengaturan kendiri tubuh. Homeopathy bukan satu falsafah, ia satu sains berdasarkan pemerhatian dan pengalaman. Sebagai satu sistem perubatan yang tepat, didasarkan dari hasil kajian yang bertahun-tahun untuk mendapatkan maklumat yang benar-benar memuaskan.

Pandangan-pandangan penelitian dan keputusan-keputusan hasil kajian tersebut dibukukan dalam buku penawar atau material medica yang mana bahan-bahan ubat yang telah diuji dicatitkan maklumat-maklumatnya membolehkan para doktor Homeopathy yang terkemudian meneliti, mengkaji dan menyemak semula penelitian itu untuk mempastikan ketepatan dan menemui penemuan-penemuan baru. Perubatan Homeopathy juga mempunyai tafsiran-tafsiran yang tepat tentang satu-satu kejayaan ubat kerana satu-satu penawar selalu mendapat penelitian, kajian dan percubaan (proving) dengan pasti kesan khasiatnya keatas diri manusia bukan menjalankan kajian keatas binatang seperti monyet, tikus dan arnab yang mempunyai kuasa hayat sangat berbeza dengan manusia.

Perubatan Homeopathy mempunyai pengkajian sains yang tersendiri berdasarkan undang-undang seraksi, berasaskan dari pembinaan sains yang benar. Kajian untuk mengetahui kesan-kesan ubat terhadap diri manusia hanya dijalankan keatas orang yang benar-benar sihat. Tujuannya untuk menimbulkan sesuatu gejala (symptom) penyakit (artificial disease) pada orang yang sihat itu. Maklumbalas yang berupa semboyan-semboyan sakit sangat berguna untuk memastikan khasiatnya berkesan keatas diri manusia, dengan itu dapatlah ubat-ubat itu digunakan untuk memulihkan kesihatan dari berbagai-bagai jenis penyakit. Perubatan Homeopathy dapat memberikan rawatan yang membawa kesejahteraan menyeluruh disepanjang hayat seseorang kerana rawatan yang diberikan secara Homeopathy meliputi punca kelemahan pesakit termasuk juga sejarah pesakit dan keturunannya diambil kira serta diberikan. Ini mengurangkan kekerapan pesakit ke klinik secara jangka panjang.

Kesabaran sangat diperlukan untuk membawa kesejahteraan dalam rawatan sistem Perubatan Homeopathy, berbeza dengan sistem perubatan yang lain yang sangat kurang mementingkan soal ini. Perawat perlu bersabar dalam menyelidik kes-kes dan merawat pesakit yang jangka sembuhnya panjang. Pesakit pula harus bersabar menerima rawatan yang berperingkat dan mengambil masa untuk menyembuhkan sesuatu penyakit terutama sakit-sakit yang telah lama

Para perawat Homeopathy pula tidak akan memberi penawar dengan meneka-neka atau kerana orang lain memberitahu bahawa satu-satu penawar itu baik untuk menyembuhkan satu-satu jenis penyakit. Keadaan yang seperti ini dianggapkan menjadi satu kesalahan dalam etika Perubatan Homeopathy dan di anggap sebagai tidak bertanggungjawab.

Para doktor Homeopathy sanggup berkorban dan secara langsung mereka pula harus sanggup menjadi ahli fikir (philosophy). Mereka mesti sanggup dan berkeupayaan untuk mengkaji pesakit sedalam-dalamnya meluangkan masa berjam-jam dalam penyelidikkan. Melalui sinar yang terpancar di air muka pesakit, mereka boleh meneliti segala kekuatan ‘Kuasa Hayat’ pesakit itu dan dapat membezakan kebenaran dan kesalahan dalam gelagat yang ditunjukkan oleh pesakit sewaktu mereka membuat aduan. Begitu juga mereka harus dapat menterjemahkan segala tanda-tanda yang ada di wajah pesakit berbanding dengan kebiasaannya dan keadaan persekitarannya. Selepas itu dapat pula membuat kumpulan-kumpulan muktamad tentang gangguan-gangguan yang di alami dan mencarikan serta menentukan dengan tepat penawar yang benar-benar sesuai.

Sistem Perubatan Homeopathy menggalakkan kita menggunakan sepenuhnya daya pemikiran terbuka untuk tamaddun di masa akan datang di dalam dunia perubatan. Ruang penyelidikkan masih luas, para penyelidik berpeluang menyiasat zat-zat yang terdapat dalam sebarang benda di muka bumi untuk dijadikan ubat bagi menyembuhkan pesakit menurut kaedah serasi. Selain dari itu, sistem perubatan atau rawatan Homeopathy adalah yang paling istimewa sekali untuk merawat masyarakat kerana sistem ini sahaja yang dapat memberikan kesembuhan kesihatan yang kekal dan sempurna.