Pengasas Perubatan Homeopathy


HOMEOPATHY bersandarkan pada prinsip persamaan; sesuatu yang memberi penyakit juga boleh mengubati penyakit yang sama iaitu Hukum Kesembuhan Semulajadi. Ia merupakan terapi holistik yang amat berkesan untuk menghilang dan mengikis penyakit yang ada dipelbagai peringkat, iaitu penyakit fikizal, emosional dan mental. Homeopathy menggunakan dos yang amat kecil sehingga menjadikan ia sangat selamat tanpa sebarang kesan sampingan.
Homeopathy diasaskan oleh Dr. Samuel Hahnemann (1755-1843) yang berasal dari Jerman. Hahnemann mendapat ijazah kedoktoran dalam tahun 1779 dan memulakan praktis perubatannya sendiri. Beliau merasa tidak tenteram dengan ubat-ubatan terutamanya ubatan yang menggunakan dadah yg bertoksid. Beliau kemudian menutup kliniknya lalu bekerja sebagai ahli kimia disamping menterjemahkan teks-teks perubatan. Ketika itu, pada sekitar tahun 1790, Hahnemann mula mendapat projek menterjemahkan teks Materia Medica William Cullen ke dalam bahasa Jerman. Ketika itu lah beliau didedahkan kepada prinsip persamaan, lalu beliau terus mengumpulkan banyak data-data yang akhirnya menukar dunia perubatan untuk abad-abad seterusnya.
Kolej Perubatan Homeopathy yang pertama telah didirikan di Amerika Syarikat pada akhir tahun 1800. Kolej ini mendapat pengiktirafan kerana kejayaannya mengubati banyak kes-kes penyakit berjangkit pada ketika itu seperti , scarlet fever, demam kepialu , cholera dan demam kuning.Perubatan Homeopathy menjadi sangat terkenal pada awal tahun 1900 an. Pada ketika itu, terdapat 22 sekolah perubatan homeopathy, 100 hospital homeopathy dan lebih 1,000 farmasi homeopathy. Boston University, Stanford University dan New York Medical College adalah diantara pusat pengajian tinggi yang mengajar matapelajaran homeopathy.
Namun begitu, pada awal tahun 1920an banyak pusat pengajian tinggi homeopathy ditutup disebabkan pertumbuhan industri perubatan moden dan farmasi-farmasinya. Walaupun minat di dalam homeopathy di Amerika Syarikat semakin menurun, ianya tidak terjejas di tempat-tempat lain di dunia. Bahkan telah menjadi satu kebangkitan di Eropah dan beberapa Negara di Asia, terutamanya di benua India.
Mahatma Gandhi yang agung, telah menyedari akan keberkesanan homeopathy ketika beliau melanjutkan pelajaran di Eropah. Beliau kagum dengan harganya dan keberkesanannya yang hebat, sehingga beliau membawa homeopathy ini ke India. Hari ini perubatan homeopathy adalah merupakan industri yang sangat besar di India dan Pakistan, sehinggakan ramai yang menganggap asal usul homeopathy adalah dari benua India.
Pada hari ini, hampir kesemua farmasi di Peranchis menjual ubat-ubatan dan penawar homeopathy. Malah jenama ubat batuk yang terkenal di farmasi Peranchis pun adalah ubat homeopathy. Keluarga diRaja British adalah peneraju penggunaan perubatan ini di Eropah sehingga terbinanya Royal London Homeopathic Hospital di United Kingdom. Sehingga kini terdapat 5 buah hospital homeopathy di United Kingom, iaitu di London, Tunbridge Wells, Bristol, Liverpool dan Glasgow.
Pada tahun 2009, Perubatan secara Homeopathy digunakan di lebih 80 buah negara di seluruh dunia, terutamanya di Eropah. Ia juga mendapat tempat di Amerika Selatan (Brazil & Argentina), India dan Pakistan. Walaupun masih sedikit penggunaannya di Amerika Utara, namun perkembangan Homeopathy telah dapat dirasakan. Semenjak 30 tahun dahulu Homeopathy telahpun berkembang ataupun hadir di Afrika Selatan, Tunisia, Morocco, Venezuela, Israel, Australia, Jepun dan beberapa negara lain.
Di Malaysia, Fakulti Perubatan Tradisional dan Komplementari Kolej Universitiy Sains Perubatan Cyberjaya merupakan universiti yang pertama di Asia Tenggara yang menawarkan kurus Sarjana Muda Sains Perubatan Homeopathy, dan mendapat kelulusan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) bersama Kementerian Kesihatan Malaysia dan Majlis Perubatan Homeopathy Malaysia.
Majlis Akademi Homeopathy Malaysia (MAHM), di bawah Persatuan Perubatan Homeopathy Malaysia telah melahirkan ramai graduan di bidang homeopathy dengan kerjasama Fakultas Perubatan, Universitas Sumatera Utara (USU).
Pengamal Homeopathy yang professional diwajibkan untuk mempelajari bidang Anatomi, Physiologi, Pathology, Materia Medica, Falsafah Homeopaty dan Repertori serta mempunyai pengalaman secara klinikal. Ada di antara Pengamal Homeopathy yang juga merupakan doktor perubatan, malah ramai di antara mereka adalah juga chiropractors, naturopaths, osteopaths, jururawat, doktor gigi dan doktor haiwan.