Tentang Kami


ZR HOMEOPATHY – PUSAT PERUBATAN HOMEOPATHY

Telah beroperasi semenjak Oktober 2004 dengan berkeyakinan bahawa homeopathy boleh merawat pesakit dengan berkesan dan selamat tanpa sebarang penggunaan dadah, bahan kimia dan kesan sampingan.Remedi yang digunakan merupakan sistem penawar yang lembut dan bersifat holistik serta sesuai untuk semua peringkat umur bagi tujuan mencegah, merawat dan mengurus penyakit atau memelihara kesejahteraan pesakit.

ZR HOMEOPATHY
Mengutamakan seseorang individu yang menumpukan rawatan spesifik dari segi simptom fizikal dan mental dalam memberi faedah yang berpanjangan.

Maklumat yang dipaparkan didalam blog ini adalah bertujuan untuk penerangan kepada orang ramai bagi memahami, berkongsi dan menggalakkan penggunaan serta keberkesanan sistem perubatan homeopathy.

MOTTO
Ikhtiar - Doa - Penyembuhan

VISI
Komited untuk memberi khidmat kepada pesakit dengan rawatan yang terbaik dalam skop bio teknologi homeopathy terkini hari ini.

MISI
Untuk memperkenalkan perubatan homeopathy kepada generasi akan datang dan memberikan perkhidmatan yang lebih berkualiti dalam penjagaan dan rawatan kepada pesakit.

OBJEKTIF
Berusaha untuk menjadi sebahagian penting dalam masyarakat dan komuniti untuk memenuhi tanggungjawab dimana jua kami beroperasi.

Memberikan perkhidmatan konsultasi dan rawatan mengikut garispanduan yang telah ditetapkan oleh Bahagian Perubatan Tradisional dan Komplementari, Kementerian Kesihatan Malaysia.