Sepatah Kata



ZR HOMEOPATHY menyediakan perkhidmatan perubatan Homeopathy yang berkualiti untuk keperluan kesihatan anda khususnya bagi kaum wanita dan kanak-kanak

Isu kesihatan terutama bagi kaum wanita dan kanak-kanak sepatutnya menjadi keutamaan masyarakat yang membangun. Pada hari ini ramai dikalangan masyarakat kita mencari alternatif yang terbaik bagi pencegahan serta merawat pelbagai jenis penyakit dengan kaedah yang lebih selamat.

Perubatan Homeopathy menjadi salah satu kaedah rawatan yang semakin menjadi pilihan yang utama pada masa kini di Malaysia Pada masa lalu ramai orang merasa sangsi dengan sistem rawatan Homeopathy dimana mereka ragu-ragu tentang cara rawatan yang mana tanda-tanda patologi tidak menjadi asas pemberian remedi tetapi hanya sebagai salah satu faktor penting dalam gejala-gejala keseluruhan (Totality of Symptoms).

Kini Perubatan Homeopathy telah di iktiraf oleh Bahagian Perubatan Tradisional dan Komplementari, Kementerian Kesihatan Malaysia. Nilai pasaran dunia dalam Perubatan Homeopathy dijangka mencecah 11 billion menjelang tahun 2017.

Perbezaan utama Homeopathy dengan perubatan biasa ialah Homeopathy adalah satu sistem perubatan gaya ’Sunnah’. Perubatan Homeopathy menolak penggunaan bahan beracun atau dadah serta bahan penekanan (suppression) dalam semua jenis ubat-ubatannya, sebaliknya hanya menggunakan bahan ekstrak daripada tumbuhan semulajadi berasaskan 'Bio Teknologi' yang telah teruji lebih 300 tahun yang lalu. Perubatan Homeopathy diakui diseluruh dunia sungguh berkesan dalam proses pembongkaran penyakit seterusnya mempercepatkan proses penyembuhan secara semulajadi tanpa sampingan kepada pesakitnya.

Penawar Homeopathy digunakan untuk menguatkan ‘Tenaga Hayat’ (Vital Force) supaya dapat melawan penyakit. Dalam sistem perubatan Homeopathy, tumpuan diberi kepada pengembalian keseimbangan Vital Force dan mengembalikannya kepada kekuatan yang optimum. Homeopathy menjangkau jauh sehingga kepada alam rohaniah organisme di dalam rawatan sebarang keadaan sakit atau penyakit. Vital force, sebagaimana yang diistilahkan sebagai ‘Bio-Energy’ merupakan kuasa hayat yang menjadi intipati kepada organisme hidup. Ia berkait rapat dengan keseluruhan insan, berhubungan dengan minda, jasad dan roh di samping terdapatnya kuasa penyembuhan dalaman tubuh.

Perlu diingat bahawa Perubatan Homeopathy ini bukan perubatan tradisional (bukan perubatan herba) atau perubatan moden yang lain.Kaedah perubatan Homeopathy berdasarkan prinsip tabi'i atau The Natural Law of Healing, iaitu ubat-ubat yang diberikan akan menggerakkan sistem pertahanan badan bagi menyerang penyakit yang hendak diubati. Rawatannya berikhtiar mengubati orang yang sakit dengan mencari dan menyembuhkan akar umbi penyakitnya dan bukan sekadar menahan rasa sakit.

Ubat-ubatan yang digunakan tidak akan mendatangkan kesan sampingan dan tidak berbahaya kepada kanak-kanak dan wanita hamil. Ubat-ubat beracun, dadah, steroid dan ubat-ubat lain yang berbahaya tidak digunakan dalam perubatan Homeopathy.

KELEBIHAN RAWATAN CARA KAEDAH HOMEOPATHY

üHomeopathy Berasaskan Kesembuhan Secara Semulajadi
üTiada Kesan Sampingan
üTiada Dadah Dan Overdose
üTiada Steroid
üTiada Bahan Kimia
üTiada Sumber Haiwan
üSangat Berkesan Dan Selamat Digunakan
üPenjimatan Dan Mudah Digunakan
üMesra Alam


Perubatan Homeopathy adalah kumpulan sistem perubatan 'Sunnahtullah' atau di barat di istilahkan
 'Back To Nature' yang meletakkan manusia sebagai insan yang ada fizikal, mental dan emosi.